Jawatan Kosong 2025 di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Jawatan:
1. PEGAWAI MASJID MUKIM
Perkara Am:
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.
Cara Memohon:
Permohonan hendaklah dibuat melalui borang khas yang boleh didapati di Portal Rasmi MAIK (KLIK SINI) atau Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan pengurusan masjid mukim berkenaan.
Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
Alamat Permohonan:
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut :
YABhg. Dato' Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
*Sila baca iklan di atas dan mohon melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 18 Ogos 2025 (Isnin)
Latar Belakang
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.
Menurut kajian, KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV mengampuni perkenan penubuhan MAIK setelah mendapat cadangan dan pandangan daripada tiga orang ulama dan cerdik pandai Melayu (inteligensia)