Jawatan Kosong 2025 di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Jawatan:
1. ARKITEK GRED J9 - 1 Kekosongan
2. JURUTERA (AWAM) GRED J9 - 1 Kekosongan
3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L9 - 1 Kekosongan
4. PENOLONG JURUTERA (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA5 - 3 Kekosongan
5. PENOLONG JURUTERA (KEJURUTERAAN MEKANIKAL) GRED JA5 - 1 Kekosongan
6. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U5 - 2 Kekosongan
7. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W5 - 1 Kekosongan
8. PEMBANTU KHIDMAT AM ( PEMANDU) GRED H1 - 2 Kekosongan
9. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 - 11 Kekosongan
10. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP1 - 3 Kekosongan
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2025 (Isnin)
Klik Maklumat Lengkap Iklan
Latar Belakang
Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris.
Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Perbandaran" bagi menggantikan "The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" yang dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran.
Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 pada tahun 1913.