Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 17 Ogos 2025

Jawatan Kosong 2025 di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U5 - 2 kekosongan

2. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP1 - 2 kekosongan

3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W1 - 1 kekosongan

4. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 - 2 kekosongan




*Sila baca iklan di atas sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Ogos 2025 (Ahad)





Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) -banyakjawatan

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Alor Gajah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berorientasikan perkhidmatan rakyat merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah. Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju serentak dengan pembangunan keseluruhan negeri Melaka dengan penekanan utama dari sektor-sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian. Kewujudan insfrastruktur turut mempercepatkan aliran masuk para pelabur tempatan dan para pelabur asing untuk menanam modal dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Adalah menjadi harapan Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada masyarakat di bawah kawasan tadbirnya. Justeru itu, Majlis Perbandaran Alor Gajah akan memaksimakan segala usaha-usaha untuk membangunkan daerah bagi mencapai kemajuan dan kemakmuran.