Jawatan Kosong 2025 di Majlis Perbandaran Pekan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Pekan
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR N9
2. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA5
3. PEMBANTU TADBIR (P/O) N1
4. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP1
5. PEMBANTU KHIDMAT AM H1
6. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L5
7. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA5
8. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W5
9. PEMBANTU KEMAHIRAN (AUTOMOTIF) H1
10. PEMBANTU KESELAMATAN KP1
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2025 (Isnin)
Latar Belakang
Majlis Daerah Pekan ditubuhkan pada 1hb. Julai 1988 bersamaan 17 Dzulkaedah 1408 Hijrah. Encik Hashim bin Abdul Wahab, AMP., PJK., sebagai Yang Dipertua pertama, dibantu oleh 13 orang Ahli Majlis dan 74 orang kakitangan. Dilancarkan secara rasmi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, pada 3hb November 1990. Keluasan kawasan MDP adalah kawasan pentadbiran MDP telah diperluaskan melalui warta no. PW 3542 dengan kawasan keseluruhannya ialah 2,351.8km persegi.