Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) - 16 Ogos 2025

Jawatan Kosong 2025 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N9

2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S9

3. PENOLONG JURUTERA (KEJURUTERAAN AWAM) JA5

4. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA5

5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5

6. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G5

7. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G5

8. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN G5

9. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5

10. PENOLONG PEGAWAI TANAH (LELAKI SAHAJA) NT5

11. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S5

12. PENOLONG JURU AUDIT W5

13. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) JA1

14. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (LELAKI SAHAJA) J1

15. PENGAWAS HUTAN G1

16. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1

17. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S1

18. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S1

19. PEMBANTU KEMAHIRAN H1

20. PEMBANTU KHIDMAT AM H1

21. PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDUAN) H1


*Sila baca iklan kekosongan jawatan sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan :  16 Ogos 2025 (Sabtu)




Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT)


Latar Belakang

Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.

"Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.