Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Yayasan Islam Darul Ehsan - 23 Ogos 2025

Jawatan Kosong 2025 di Yayasan Islam Darul Ehsan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Islam Darul Ehsan


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR CUM RECEPTIONIST


Syarat Lantikan:

  • Memiliki kelayakan pendidikan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang penyambut tetamu.

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi) di Ibu Pejabat YIDE.

  • Kemahiran penggunaan komputer untuk memproses data dan maklumat serta mahir penggunaan aplikasi seperti Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint.

  • Membantu dalam persediaan (refreshment) berkaitan majlis atau mesyuarat syarikat.

Cara Memohon:

Muat turun dan cetak Borang Permohonan Jawatan Kosong daripada Laman Web rasmi Yayasan Islam Darul Ehsan : https://www.yide.com.my

Isi borang dan sertakan satu salinan Resume, kad pengenalan, salinan sijil-sijil berkaitan dan satu keping gambar berukuran passport.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui email : hr@yide.com.my atau pos selewat-lewatnya sebelum atau pada 23 Ogos 2025, kepada

Pengurus Besar,
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE),
No. 3, Jalan Keluli AM7/AM,
Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Close date : 23 Ogos 2025




Jawatan Kosong di Yayasan Islam Darul Ehsan-banyakjawatanmy

About Us

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Yayasan Islam Darul Ehsan, MAIS ingin mempelawa calon-calon yang berminat untuk menjadi warga kerja YIDE.