Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Penerangan Malaysia - 17 September 2025 [56 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2025 di Jabatan Penerangan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Penerangan Malaysia


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA / SIJIL MATRIKULASI KPM / DIPLOMA

1. JURUAUDIO VISUAL GRED N1 - 56 Kekosongan


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau

Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).





Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Penerangan Malaysia sahaja. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 17 September 2025 (Rabu), jam 11.59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Penerangan Malaysia

Latar Belakang

The Malayan Information Agency ditubuhkan pada tahun 1910 oleh The Government of the Federated Malay States dan pejabat operasi di Malaya House, Trafalgar Square, London. Tujuan utama agensi ialah menjalankan fungsi sebagai Trade Commissionership for Malaya untuk menarik minat dan menyediakan maklumat berkaitan perdagangan dan eksport Malaya. Agen Mr. V.A Lowinger, C.B.E  dan Timbalan Agen, Mr. E.Jago mengetuai tiga ahli Advisory Board yang berpengalaman dan pernah menetap lama di Malaya.