Jawatan Kosong 2025 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM : SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA / SIJIL MATRIKULASI KPM / DIPLOMA
1. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S5 - 46 Kekosongan
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/ projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan
*Sila baca iklan kekosongan jawatan di atas, sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.
Latar Belakang
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

-banyakjawatan.png)