Jawatan Kosong Kerajaan 2025 di Kementerian Komunikasi | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Komunikasi
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: BAKAT, KEBOLEHAN DAN DAYA KREATIVITI/ IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN
1. AHLI MUZIK GRED B9 (SEMENANJUNG) - 12 Kekosongan
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:
Kelayakan Lantikan Ke Gred B1
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,561.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,622.00).
Makluman:
Tarikh Tutup Permohonan : 22 September 2025 (Isnin), jam 11.59 malam
Sejarah
Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia , Nama singkatan, KKD. ialah penjenamaan semula daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkuatkuasa pada 3 Disember 2022, oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia , Nama singkatan, KKD. ialah penjenamaan semula daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkuatkuasa pada 3 Disember 2022, oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke-20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Manakala itu, Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perang saraf dan gerak saraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government's Information Services) pada tahun 1950.