Jawatan Kosong 2025 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA5 - 5 Kekosongan
Tarikh Tutup Permohonan : 17 September 2025 (Rabu), jam 11.59 malam
2. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G5 - 36 Kekosongan
Tarikh Tutup Permohonan : 17 September 2025 (Rabu), jam 11.59 malam
Pengenalan
Negeri Sembilan kini dihuni penduduk berbilang kaum yang kini melebihi 1 juta orang. Orang Melayu merupakan kaum majoriti, yang mewakili 61.5 peratus daripada keseluruhan penduduk. Masyarakat Cina pula mewakili 22.9 peratus, masyarakat India 15.1 peratus, manakala kaum-kaum lain mewakili 0.5 peratus. Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri yang kaya dengan adat budayanya. Umum mengetahui, keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.
Tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih. Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan, Negeri Sembilan, bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas