Jawatan Kosong 2025 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Jawatan:
1. PEGAWAI PENYELIDIK DQ10
Gaji Pokok:
Gaji Minimum : RM3,938.00
Gaji Maksimum : RM12,752.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM250.00
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)
Elaun:
(i) Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM400.00
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM400.00
(iii) Imbuhan Sara Hidup : RM300.00
Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 28 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan dengan kekeluargaan dan wanita;dan mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada tiga (3) tahun; atau
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DQ10: RM3,938.00)
(c) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DQ10: RM4,274.00)
(d) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(e) Penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang baik adalah satu kelebihan
Bidang Tugas:
(a) Membantu Pengarah Pusat dan pegawai-pegawai yang lebih kanan dalam menjalankan sesuatu tugasan apabila diminta berbuat demikian Ini antaranya melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
i.Merancang dan merangka penyelidikan;
ii. Menentukan golongan sasar dan sampel kajian
iii. Merangka dan membangunkan teknik-teknik pengumpulan data seperti membangunkan soalan temubual dan soalan untuk kaji selidik;
iv. Mengumpul dan memasukkan data ke dalam komputer; dan
v. Menganalisis data, menulis dan melapor kajian.
(b) Menelaah buku-buku dan pelbagai sumber rujukan untuk menghasilkan kajian literatur bagi kertas konsep dan bentuk penulisan yang lain.
(c) Mencadangkan projek penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pengkhususan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pusat.
(d) Melaksanakan projek penyelidikan yang telah ditentukan dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan.
(e) Menyiapkan kertas seminar atau kertas yang berkenaan dengannya dalam tema dan bidang yang tertentu.
(f) Menyelaraskan seminar/forum/syarahan umum dan aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan projek dan program yang sedang dijalankan.
(g) Mengumpulkan kertas kerja daripada seminar/program di atas untuk diselaraskan sebagai asas penerbitan buku IKIM.
(h) Menjalankan kerja penyuntingan buku/majalah/jurnal terbitan IKIM dalam bidang pengkhususan tertentu. .
(i) Membentangkan kertas kerja/menyampaikan ceramah/penampilan media anjuran IKIM atau organisasi luar.
(j) Menulis artikel untuk akhbar dalam bidang tertentu sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(k) Menjadi salah seorang pembentang dalam seminar yang diselaraskan sekiranya ia sesuai dengan bidang/kepakaran masing-masing, tertakluk pada kelulusan pengurusan tertinggi.
(l) Membuat pengisian di IKIMfm dalam slot-slot tertentu.
(m) Tugas- tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
* Sila baca iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 8 Disember 2025 jam 4.30 petang
Latar Belakang
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

-banyakjawatan.png)