Jawatan Kosong 2026 di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak
Jawatan:
1. EKSEKUTIF KOPAK YBMS KUCHING BERHAD
Tarikh Tutup Permohonan : 18 Februari 2026 (Rabu)
* Sila klik link yang admin sediakan di bawah untuk membaca iklan dan maklumat lengkap
Mengenai Kami
Semasa ditubuhkan pada tahun 1994 badan ini dinamakan Yayasan Budaya Melayu Sarawak(YBMS) dan pada tahun 2003 telah didaftarkan semula menjadi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).
Ilham untuk menubuhkan sebuah organisasi baharu untuk masyarakat Melayu Sarawak telah tercetus semasa Seminar Budaya Melayu II pada tahun 1993 dalam rangka Simposium Budaya Sarawak II anjuran Kerajaan Negeri Sarawak. Para peserta seminar tersebut yang terdiri daripada pemimpin politik, kakitangan kerajaan, sarjana, guru dan ketua masyarakat dari semua Bahagian berpendapat perbalahan politik yang masih hangat ketika itu memerlukan wadah baharu untuk memupuk semula ukhuwah yang telah tergugat itu.

