Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) - 21 April 2026

Jawatan Kosong 2026 di Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Gua Musang (MDGM)


Jawatan:

1. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP

2. PEMBANTU PENGUATKUASA

3.PEMBANTU KEMAHIRAN
 
4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM

5. PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDUAN)



*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan di atas sebelum membuat permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2026 (Selasa) 




Jawatan Kosong di Majlis Daerah Gua Musang (MDGM)

Latar Belakang

Diawal penubuhan Majlis ia dikenali dengan nama Majlis Daerah Ulu Kelantan. Menerusi Warta K.N.PU 32 yang bertarikh 13 September 1983, Majlis Daerah Ulu Kelantan telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Gua Musang. Penyusunan semula dibuat di bawah Akta 171 dan 176 mulai 1 Januari 1979.

Majlis Daerah Gua Musang telah dibentuk hasil daripada penubuhan serta pencantuman dua buah Penguasa Tempatan yang sedia ada iaitu Lembaga Bandaran Gua Musang dengan Majlis Tempatan Bertam yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1984 di bawah Seksyen 3(1), Undang-Undang Majlis Tempatan 1952.

Disamping itu, Majlis Daerah Gua Musang meluaskan lagi empayarnya dengan mengadakan perluasan kawasan operasi majlis daripada 0.68 batu persegi (1.76 kilometer persegi) kepada 50 batu persegi (129.5 kilometer persegi). Antara kawasan tersebut ialah Kampung Star, Kampung Pulai, Pasir Tumbuh, Chegar Bongor, Kampung Kerinting, Limau Kasturi, Batu Papan dan Kampung Lepan Tupai (Lepan Jaya).

Selepas pewartaan perluasan kawasan Majlis Daerah Gua Musang pada 15hb September 2005, keluasan pentadbiran Majlis Daerah Gua Musang telah bertambah iaitu seluas 7,979.77 kilometer persegi yang mana ianya merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Galas, Daerah Bertam dan Daerah Ciku.