Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 27 Mei 2026

Jawatan Kosong 2026 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5

Gaji Pokok:
Minimum RM2,256.00
Maksimum RM5,994.00
Kenaikan gaji tahunan RM145.00
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)

Elaun:
(a) Khas: RM160.00
(b) Perumahan: RM300.00
(c) Bantuan Sara Hidup: RM350.00


Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Matrikulasi KPM;
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N5: RM2,256.00) atau

(c) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N5:RM2,499.00)

(d) Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(e) Mempunyai pengalaman tidak kurang dua (2) tahun dalam bidang berkaitan; dan

(f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik dan pengalaman bekerja yang berkaitan dengan bidang tugas.


Antara Bidang Tugas & Tanggungjawab Utama:
 
(a) Bertanggungjawab dalam pemasaran, promosi dan jualan produk wakaf dalam pelbagai platform termasuk pemasaran digital;

(b) Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan kutipan dan agihan dana wakaf tunai serta berkomunikasi dengan pewakaf;

(c) Bertanggungjawab melaksanakan tugas pentadbiran dan kewangan wakaf;

(d) Terlibat secara langsung dalam pengurusan projek-projek wakaf;

(e) Menyediakan laporan-laporan yang diarahkan oleh ketua; dan

(f) Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara Permohonan:

(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan berserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan (UMIN))
Tel: 03-62046372/374

(b) Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. 

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

(d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 27 Mei 2026 jam 4.30 petang.

(e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.


Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.


* Sila baca iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Mei 2026 jam 4.30 petang




Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)-banyakjawatan

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.