Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) - 10 Mei 2026

Jawatan Kosong 2026 di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)


Jawatan:

1. PENOLONG EKSEKUTIF HASIL (PENTADBIRAN) FUNGSI KESELAMATAN HGS NE8

2. PEMBANTU HASIL (PERCUKAIAN DAN OPERASI) FUNGSI KESELAMATAN HGS NE4

3. PENGAWAL KESELAMATAN (POLIS BANTUAN) HGS NE1




*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat di atas sebelum memohon melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Mei 2026 (Ahad)




Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Pengenalan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

HASiL ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut :

Akta Cukai Pendapatan 1967
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Akta Setem 1949
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990