Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Jerantut - 25 Mei 2026

Jawatan Kosong 2026 di Majlis Daerah Jerantut | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Jerantut


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA5 - 1 Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 - 1 Kekosongan

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1 - 2 Kekosongan

4. PEMBANTU KHIDMAT AM H1 - 4 Kekosongan


Cara – Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDJ/1 yang boleh dimuat turun daripada laman web www.mdjerantut.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

b) Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama-sama sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen yang telah disahkan (Salinan diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional):

i) Sijil Kelahiran
ii) Kad Pengenalan (depan dan belakang)
iii) Sijil / Diploma / Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya yang telah disahkan dan salinan transkrip.
iv) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
v) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam tetap/kontrak hendaklah mengemukakan permohonan melalui ketua jabatan dan mengemukakan Laporan Nilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun / jika berkaitan)


Catatan Am:

a) Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan: -

(i) Tidak menggunakan borang MDJ/1.
(ii) Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan dan semua salinan dokumen tidak disahkan (Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional).
(iii) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
(iv) Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang.
(v) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
(vi) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat.
(vii) Borang yang tidak ditandatangani.

b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada: -

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH JERANTUT
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR


*Sila baca iklan lengkap sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Mei 2026 (Isnin)





Jawatan Kosong di Majlis Daerah Jerantut

Latar Belakang

Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur telah bersetuju menerima pakai Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 01hb September 1979. Mulai dari tarikh itu maka bermulalah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Negeri Pahang dan dinaikkan taraf sebagai Majlis Perbandaran Daerah. Majlis Daerah Jerantut telah dinaikkan taraf dari Lembaga Bandaran kepada Majlis Daerah dan telah disusun semula pada 01hb Mac 1982.

Dengan penyusunan tersebut, peranan Majlis Daerah Jerantut menjadi semakin penting khasnya dengan pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Masyarakat tidak lagi menganggap Majlis Daerah Jerantut sebagai tempat mendapatkan "Obligatory Services" semata-mata tetapi meliputi "Discretionery Services" serta juga sebagai agen pembangunan bagi sesuatu kawasan.