Jawatan Kosong 2026 di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
Jawatan:
1. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM / PENOLONG JURUTERA) GRED JA6 / JA7
2. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM / PENOLONG JURUTERA) GRED JA5
3. PEGAWAI TADBIR GRED N9
4. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED JA5
5. PELUKIS PELAN (SENI BINA) / PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA5
6. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W5
7. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G5
8. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA5
9. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W1
11. PEMBANTU KESELAMATAN (LELAKI SAHAJA) GRED KP1
12. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U1
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mei 2026 (Khamis) Jam 5.00 Petang
Majlis Perbandaran Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan rasminya pada 2 Februari 2002. Ianya mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi (54.18 batu persegi). Kawasannya dibahagi kepada dua iaitu operasi seluas 35.87 km persegi manakala kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi. Keluasan pusat bandar Port Dickson ialah 395.5 ekar atau 160.1 hektar. Sepanjang pantai Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden, kawasan pendalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Dengan kenaikan tarafnya sebagai Majlis Perbandaran, Majlis mendokong bersama misi dan wawasan yang menentukan hala tuju arah pembangunan yang penuh cabaran membangunkan satu identiti unik, tulen dan mempersonakan bagi Port Dickson sebagai destinasi percutian yang tiada tandingannya sambil menyediakan produk kegiatan pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai dan mempertingkatkan kemudahan asas dan awam. Memperkukuhkan ekonomi tempatan menerusi rancangan pembangunan yang dirangka ke arah memanifestasikan Port Dickson sebagai bandar peranginan tepi pantai yang moden dan terkenal.

-banyakjawatanmy.png)