Jawatan Kosong 2026 di CIDB Holdings Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Jawatan:
1. PEMBANTU EKSEKUTIF – PEROLEHAN
2. JURUTEKNIK – JAMINAN KUALITI
3. PEMBANTU PENTADBIRAN KEWANGAN & PENTADBIRAN – JAMINAN KUALITI
4. PEMBANTU PENTADBIRAN MERANGKAP PEMANDU
5. PEMBANTU PENTADBIRAN JAMINAN KUALITI DAN BAHAN BINAAN
6. PEMBANTU EKSEKUTIF – PEMBANGUNAN SUBSIDIARI
7. CHIEF EXECUTIVE OFFICER
Sila baca syarat kelayakan serta maklumat berkaitan dengan teliti sebelum membuat permohonan sebagaimana dalam iklan jawatan melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2026 (Rabu)
Latar Belakang:
CIDB Holdings Sdn Bhd (CIDBH) merupakan anak syarikat milik penuh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia). Syarikat ini berperanan sebagai pelaksana program CIDB Malaysia dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kualiti, produktiviti dan keupayaan industri pembinaan negara.
CIDB Holdings ditubuhkan pada 20 Januari 1997 dan pada peringkat awal beroperasi sebagai cabang pelaburan CIDB Malaysia dengan hanya lima orang kakitangan. Pejabat pertamanya terletak di Kompleks Airtel, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor. Selain aktiviti pelaburan, CIDBH kemudiannya berkembang sebagai pelaksana pelbagai program CIDB Malaysia termasuk pengurusan projek, latihan dan pembangunan industri.
Antara aktiviti utama CIDB Holdings ialah latihan dan pembangunan profesional serta tenaga kerja pembinaan, penilaian kompetensi kemahiran, pengujian produk dan bahan binaan serta kerjasama strategik dengan pemain industri. Kumpulan ini turut mempunyai subsidiari dan institusi berkaitan seperti Akademi Binaan Malaysia (ABM), CIDB IBS Sdn Bhd dan CIDB Technologies Sdn Bhd yang menyediakan latihan, penilaian dan penyelesaian khusus untuk industri pembinaan.
Kini, CIDB Holdings beroperasi dari CIDB 520, The Met Corporate Towers, Jalan Dutamas 2, Kuala Lumpur. Dengan pengalaman lebih dua dekad, CIDBH terus menyokong agenda CIDB Malaysia dalam pembangunan tenaga kerja berkemahiran, peningkatan kompetensi dan transformasi industri pembinaan Malaysia agar lebih produktif serta berdaya saing.

