Jawatan Kosong 2026 di Majlis Perbandaran Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Perlis
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
2. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP1
3. PEMBANTU PENILAIAN GRED W1
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N1
5. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
Tarikh Tutup Permohonan : 22 September 2026 (Selasa), sebelum jam 4.30 petang.
Majlis Perbandaran Perlis merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Perlis yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan perbandaran, termasuk aspek pembangunan, pelesenan, penguatkuasaan, kebersihan, kemudahan awam serta kesejahteraan masyarakat.
Majlis ini sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sebelum dijenamakan semula sebagai Majlis Perbandaran Negeri Perlis (MPNPs) berkuat kuasa pada 16 Julai 2026. Penjenamaan semula tersebut mencerminkan skop perkhidmatan majlis yang merangkumi kawasan di seluruh Negeri Perlis dan turut melibatkan penyusunan semula struktur pentadbiran serta penjawatan rasmi.
