Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
💼 Copyright ©
❤️‬ BANYAKJAWATANMY
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) - 25 September 2026

Jawatan Kosong 2026 di Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB)


Jawatan:

1. JURUTERA PERTANIAN, GRED J12
(Bahagian Pengembangan dan Teknologi)

2. PEGAWAI PERTANIAN, GRED G9
(Bahagian Pengembangan dan Teknologi) 

3. PEGAWAI TADBIR (TEKNOLOGI MAKLUMAT), GRED N9
(Bahagian Pengurusan Data)

4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N5
(Unit Pengurusan Sumber Manusia)

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N5 
(Bahagian Pengurusan Data)

6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI), GRED N1
(Unit Pengurusan Sumber Manusia) 

7. PEMBANTU KHIDMAT AM, GRED H1
(Similajau, Bintulu)


Cara Memohon:

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan:

• Surat permohonan yang menyatakan dengan jelas jawatan yang dipohon, dan memastikan
jawatan tersebut ditulis di penjuru kanan atas sampul surat permohonan;
• Resume/CV terkini;
• Salinan kad pengenalan yang disahkan;
• Salinan sijil akademik dan transkrip yang disahkan;
• Dokumen pengalaman kerja, jika berkaitan;
• Sekeping gambar berukuran passport; dan
• Dokumen sokongan lain yang berkaitan.

Permohonan lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA INDUSTRI GETAH SARAWAK (SARIB)
D/A TINGKAT 2, WISMA SALCRA, NO. 1, LOT 2220,
BLOCK 26, MTLD, JALAN DATO MOHD MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.



* Sila rujuk arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 25 September 2026 (Jumaat)


Jawatan Kosong di Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) - banyakjawatanmy

Latar Belakang

Lembaga Industri Getah Sarawak atau Sarawak Rubber Industry Board (SARIB) merupakan sebuah badan berkanun negeri Sarawak yang ditubuhkan bagi membangunkan, mengawal selia dan memperkukuh industri getah di Sarawak. SARIB memainkan peranan dalam menyelaras pembangunan industri getah supaya lebih teratur, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi pekebun kecil serta komuniti luar bandar.

SARIB ditubuhkan di bawah Sarawak Rubber Industry Board Ordinance, 2022 sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak untuk mewujudkan sebuah badan khusus yang mengurus pembangunan industri getah secara menyeluruh. Penubuhannya turut mengambil kira kepentingan komoditi getah sebagai salah satu sumber pendapatan masyarakat luar bandar di Sarawak.

-->