Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
💼 Copyright ©
❤️‬ BANYAKJAWATANMY
Bookmark

Jawatan Kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKNM) - 30 September 2026

Jawatan Kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKNM) |  Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKNM)


Jawatan:

1. EKSEKUTIF PENGATURCARA KOMPUTER GRED 5


Taraf:

Kontrak (1 Tahun)


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i. Warganegara Malaysia; dan

ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; atau

Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

Diploma dalam bidang Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer (Hardware & Software) atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang berpengalaman di dalam pembangunan perisian (software) untuk sistem di sesebuah organisasi.

iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat

Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Imbuhan/Elaun : Senarai imbuhan/elaun tetap bulanan yang sedang berkuatkuasa

i) Khidmat Awam – RM 160.00
ii) Perumahan – RM 300.00
ii) Sara Hidup – RM 350.00


Bidang Tugas:

- Bertanggungjawab membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna

- Bertanggungjawab mengendalikan sistem-sistem dan software yang sedia ada di organisasi.

- Menyelenggara serta mengemaskini perisian dan mengesan serta membaiki ralat (debugging).

- Menguji program untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

- Boleh bekerja dengan pro-aktif dan ‘result oriented’ dengan pengawasan yang minimum

- Mempunyai peribadi yang baik, boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan semangat kerja berpasukan yang tinggi

- Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman lebih 3 tahun dalam bidang Teknologi Maklumat (TM) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan perisian, pengurusan rangkaian, sokongan teknikal, keselamatan siber, analisis data, dan penggunaan alat digital untuk inovasi.


Cara Memohon:

Calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan dengan menghantar :

i) Maklumat peribadi/resume yang mengandungi MAKLUMAT BERIKUT SAHAJA Nama Penuh; gambar warnaberukuran passport; No KP; Alamat; No Telefon; Kelulusan Akademik; Pengalaman Kerja; Nama & Alamat Majikan (bagi yang sedang bekerja); Nama & No. Telefon Ahli Keluarga/Kenalan Terdekat Bagi Tujuan Rujukan.

ii) Salinan SIJIL SPM dan DIPLOMA dan yang setaraf SAHAJA. Sijil lain tidak diperlukan bagi tujuan permohonan

iii) Permohonan boleh dikemukakan melalui :- www.yknm.org.my/peluang-kerjaya


Catatan:

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga

b) YKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga

c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.


*Sila baca iklan kekosongan jawatan di atas, sebelum membuat permohonan 


Close date : 30 September 2026




Jawatan Kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKNM)-banyakjawatanmy

Sejarah

Menjelang akhir tahun 70-an, terdapat banyak rayuan bantuan daripada rakyat terutama dari keluarga miskin atau mereka yang kurang bernasib baik dan yang perlu dihantar ke luar negeri bagi rawatan segera pembedahan jantung berlubang.​

Rayuan tersebut telah dikemukakan kepada badan-badan kerajaan dan setengahnya disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan untuk mendapatkan belas kasihan orang ramai. Malangnya, rayuan ini tidak mendapat sambutan yang sewajarnya, mungkin ianya diluar skop bantuan jabatan kerajaan mahupun agensi swasta yang berkenaan.

Walaupun pihak akhbar memainkan peranannya namun kerumitan masih ada. Derma yang diminta kadangkala tidak mencukupi atau lewat sampai. Keputusan yang diterima selalu mengecewakan. Kementerian Kebajikan Masyarakat walaupun mempunyai berbagai skim bantuan, namun skim bantuan dan kadar maksimum bantuannya adalah terhad. Justeru itu, keadaan ini telah menggalakkan penubuhan Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

-->