Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
💼 Copyright ©
❤️‬ BANYAKJAWATANMY ‪
Bookmark

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) - 8 Oktober 2026

Jawatan Kosong 2026 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)


Jawatan:

1. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA5

2. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMANDU KENDERAAN)



Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong DBKU yang terdapat di laman sesawang ( https://dbku.sarawak.gov.my ). Sila kemukakan borang tersebut beserta surat permohonan kerja SAHAJA dengan menggunakan sampul surat bersaiz 4”x 9” kepada:

Ketua Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching

(Sila berurusan di Kaunter Keselamatan di lobi DBKU HQ untuk urusan menghantar permohonan pada Hari Pelepasan Am / Sabtu dan Ahad)

Pemohon di kalangan kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit (sekira berkenaan)
b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir
c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan


Catatan Am:

(i) Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan :-

• tidak lengkap

• tidak memenuhi syarat - syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan ; dan

• diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

(ii) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal / ujian bertulis / temuduga.

(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Oktober 2026 (Khamis)




Jawatan Kosong 2023 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Latar Belakang

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya, The Commission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan DBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos 1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh.

-->