Jawatan Kosong di PKPP Agro Sdn. Bhd. - 16 Oktober 2026
Jawatan Kosong 2026 di PKPP Agro Sdn. Bhd. | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di PKPP Agro Sdn. Bhd.
Jawatan:
1. PENYELIA LADANG
Penempatan : Ladang Ulu Renggol, Raub, Pahang
Syarat-syarat Kelayakan:
- Umur : 25 hingga 45 tahun.
- Pengalaman: sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang perladangan adalah satu kelebihan
- Kelayakan Pendidikan: Memiliki Diploma dalam bidang pertanian atau SPM dengan pengalaman di dalam ladang.
- Mempunyai Lesen Memandu B2 & D
Kemahiran:
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh bekerja berkumpulan.
- Ketelitian dan kemampuan untuk bekerja di bawah tekanan.
- Mahir menggunakan komputer
Tanggungjawab:
- Menyelia operasi harian ladang termasuk tanam semula, penuaian, pembajaan, kawalan rumpai dan penyelenggaraan kawasan.
- Memantau pekerja ladang.
- Menyediakan rekod berkaitan operasi ladang.
- Memastikan kerja ladang dilaksanakan mengikut arahan, jadual kerja dan peraturan keselamatan.
- Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan
*Sila baca iklan kekosongan jawatan di atas, sebelum membuat permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh tutup permohonan : 16 Oktober 2026 jam 4.00 Petang.
Laatr Belakang
PKPP Agro Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) yang menjalankan aktiviti dalam sektor pertanian dan komoditi. Syarikat ini berperanan menyokong usaha PKPP dalam membangunkan industri pertanian di Negeri Pahang melalui pengurusan ladang, pengeluaran hasil pertanian serta aktiviti perniagaan berkaitan.
Syarikat ini ditubuhkan pada 8 Disember 1994 dan pada asalnya dikenali sebagai LKPP Padi Sdn. Bhd. Pada peringkat awal, operasinya tertumpu kepada tanaman padi di daerah Rompin sebelum aktiviti syarikat diperluaskan kepada beberapa bidang pertanian dan komoditi lain.
Kini, aktiviti PKPP Agro merangkumi tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, akuakultur, penternakan lembu secara integrasi serta tanaman strawberi. Syarikat turut terlibat dalam pemasaran produk pertanian menerusi jenama Dihati dan mengurus beberapa kawasan ladang di Negeri Pahang.
Ibu pejabat PKPP Agro terletak di Kuala Rompin, Pahang. Selain mengembangkan aktiviti komersial, syarikat memberi perhatian kepada amalan pertanian yang baik, penggunaan teknologi dan pengurusan sumber secara cekap bagi menyokong kelestarian operasi serta pembangunan sektor pertanian negeri.
