BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Job

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP) - 15 Oktober 2026

Jawatan Kosong 2026 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP)


Jawatan:

1. PENGAWAS HUTAN GRED G1

Gaji Minimum RM 1,500.00
Gaji Maksimum RM 4,680.00
Kadar Kenaikan Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan:

3.1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Sekolah Latihan Perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,561.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau Institut Latihan Perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,622.00).



2. PEREKA GRED B1

Gaji Minimum RM 1,500.00
Gaji Maksimum RM 4,680.00
Kadar Kenaikan Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan:

3.1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

(iii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau




Sila baca iklan lengkap di atas sebelum membuat permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2026 (Khamis), jam 11.59 malam.




Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPA PERAK)-banyakjawatan
Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP) merupakan badan yang bertanggungjawab mengurus perkara berkaitan perkhidmatan awam Negeri Perak berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Suruhanjaya ini memainkan peranan penting dalam memastikan urusan perjawatan dalam perkhidmatan awam negeri dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Antara fungsi utama SPANP ialah mengurus pelantikan calon ke dalam perkhidmatan awam Negeri Perak. Proses ini merangkumi urusan pengambilan, penilaian dan pemilihan calon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam jabatan serta agensi negeri yang berada di bawah bidang kuasanya.

Selain urusan pelantikan, SPANP mempunyai tanggungjawab berkaitan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, kenaikan pangkat dan pertukaran. Suruhanjaya turut menjalankan fungsi kawalan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam negeri mengikut peruntukan dan prosedur yang ditetapkan.

Berpusat di Ipoh, SPANP menjadi salah satu institusi penting dalam sistem pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Pelaksanaan proses pengambilan dan pengurusan perkhidmatan yang sistematik membantu memastikan jabatan kerajaan negeri mempunyai tenaga kerja yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dan melaksanakan dasar pembangunan negeri.