BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Jobs

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) - 1 Disember 2026

Jawatan Kosong 2026 di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)


Jawatan:

1. PEMBANTU BELIA & SUKAN (GRED S1)

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau

ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,622.00).


Sumber Maklumat Jawatan:

Maklumat jawatan kosong ini adalah berdasarkan iklan pengambilan yang diterbitkan melalui saluran rasmi agensi berkenaan. Pemohon disarankan untuk merujuk pautan sumber rasmi yang disediakan di bawah bagi menyemak syarat kelayakan, tatacara permohonan dan maklumat berkaitan.


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Disember 2026 (Selasa)


Pautan Iklan : Iklan Penuh ↗

Pautan Permohonan : Borang Permohonan ↗

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)
Latar Belakang

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah ditubuhkan mengikut Akta 29 Jadual Kedua, Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Majlis ketika itu bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan ditadbir oleh kakitangan yang dipinjamkan dari jabatan–jabatan Kerajaan Negeri dan mendapat geran tetap daripada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis telah terus berkembang dan pada tahun 1986 Majlis telah menyusun semua perjawatannya dengan menambah bilangan kakitangannya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus MSNS Bil. 3/91 bertarikh 27hb Ogos 1991 yang di pengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor ketika itu telah bersetuju supaya MSNS ditadbir secara swasta atau diswastakan dengan tiada geran atau peruntukan tetap Kerajaan Negeri Selangor tetapi menjana pendapatan melalui beberapa projek penswastaan.