BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Jobs

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPANK) - 30 November 2026

Jawatan Kosong 2026 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPANK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPANK)


Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F9

2. PENGAWAS HUTAN GRED G1

3. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1

4. JURUGEOSPATIAL GRED J9


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah di pautan berikut:
🔗 https://spa.kedah.gov.my
atau
🔗 https://espa.kedah.gov.my

Taraf Pelantikan Kontrak Interim / Tetap

Calon lantikan baharu: Pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun.

Pegawai sedia ada dalam perkhidmatan Kerajaan: Pelantikan tetap.

Taraf Pelantikan Contract of Service

Calon akan dilantik secara Contract of Service, tertakluk kepada syarat dan peraturan perkhidmatan yang berkuat kuasa.


Sumber Maklumat Jawatan:

Maklumat jawatan kosong ini adalah berdasarkan iklan pengambilan yang diterbitkan melalui saluran rasmi agensi berkenaan. Pemohon disarankan untuk merujuk pautan sumber rasmi yang disediakan bagi menyemak syarat kelayakan, tatacara permohonan dan maklumat berkaitan.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2026 (Isnin) jam 11.59 malam


Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPANK)
Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatana Awam, Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan oleh Majlis Undangan Negeri Kedah (Legislative Assembly) pada 24 OGos 1959 di bawah “State Public Service Commission Enactment 1959” atau Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959. Enakmen tersebut telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 20 Oktober 1959 dan seterusnya diwartakan pada 29 Oktober 1959. Menurut Enakmen tersebut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah adalah bertanggungjawab dalam urusan-urusan Melantik dan Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Jawatan, Memasuk ke Dalam Jawatan, Berpencen, Petukaran, Menaikkan Pangkat, Tindakan Tatatertib.