Taraf Jawatan : Kontrak
Ringkasan Bidang Tugas:
- Bertanggungjawab dan melapor kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik dan Penyelidikan).
- Memimpin serta mengetuai Bahagian Hal Ehwal Akademik & Peperiksaan (BHEAP) bagi memastikan kelancaran fungsi merangkumi pentadbiran am akademik dan perancangan aktiviti akademik KPMAIWP, termasuk pendaftaran subjek, pentadbiran peperiksaan dalaman dan luaran, keputusan peperiksaan, pengijazahan, pengurusan graduan serta pengurusan Senat.
- Mengurus pentadbiran am akademik serta melaksanakan dasar dan perancangan aktiviti di BHEAP.
- Bertanggungjawab terhadap keseluruhan perjalanan program pengajian di KPMAIWP.
- Menyelia data status pelajar yang diterima daripada Jabatan atau Sekolah untuk tujuan dokumentasi dan rekod di BHEAP bagi tindakan selanjutnya.
- Mengurus rekod keputusan peperiksaan dalaman dan luaran bagi semua program.
- Memastikan semua peraturan akademik dipatuhi oleh anggota kerja dan pelajar.
- Merancang, memantau dan mengawal selia pencapaian KPI anggota kerja BHEAP.
- Memantau senarai pelajar yang gugur taraf, berhenti serta rayuan masuk pengajian untuk dimasukkan ke dalam senarai kehadiran.
- Memantau pengeluaran surat amaran terhadap pelajar yang tidak hadir kuliah.
Syarat Kelayakan Minimum:
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, atau kelulusan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan, serta berkemahiran berkomunikasi dengan baik dalam kedua-dua bahasa.
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik, berkeyakinan serta mampu berkomunikasi dengan jelas.
- Berkemahiran dan berkeupayaan menyusun, merancang serta mengurus tugasan dengan cekap bagi mencapai matlamat organisasi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam pengurusan akademik.
- Pengalaman menguruskan Sistem Pengurusan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi merupakan satu kelebihan.
- Berkeupayaan memimpin, berfikiran kreatif dan kritis, berkemahiran tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif serta mampu bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan menjalin hubungan dengan agensi luar.
- Berpengetahuan dan mahir menggunakan komputer, khususnya aplikasi Microsoft Office.
Sertai kami!
Sebagai sebahagian daripada pasukan kami, anda akan terokai peluang-peluang yang mencabar dan menginspirasikan. Kami menyediakan pelbagai laluan kerjaya di bidang akademik, pentadbiran dan sokongan, memastikan setiap peranan dilengkapi dengan keperluan serta sokongan yang sesuai untuk berkembang dan cemerlang.
Di KPMAIWP, kami membina individu yang bersemangat dan bersedia memberi impak. Komited terhadap inovasi, kecemerlangan dan memacu perubahan positif bersama. Sama ada anda ingin memajukan kerjaya anda, menimba ilmu daripada pakar bidang berkaitan atau menyertai komuniti yang menyokong dan memberi inspirasi, di sinilah tempatnya.
Bersedia untuk memohon? Teroka peluang pekerjaan semasa kami untuk mencari peluang yang sesuai untuk anda dan hantar resume anda ke peluangkerjaya_hr@kpmaiwp.edu.my
Bahagian Sumber Manusia
Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP)
Lot 1363, Jalan Perkasa, Maluri,
55100 Kuala Lumpur.
