Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

KP MAIWP - Ketua Bahagian Sumber dan Manusia

Taraf Jawatan : Kontrak

Ringkasan Bidang Tugas:

  • Bertanggungjawab terhadap keseluruhan proses dan polisi di Bahagian Sumber Manusia dan organisasi.
  • Memastikan kesejahteraan pekerja serta memudahkan pelaksanaan aktiviti dan dasar bagi menyokong pencapaian matlamat serta visi organisasi.
  • Mengurus, merancang dan mengawal aktiviti pentadbiran, penyelarasan, pengurusan serta penilaian fungsi sumber manusia.
  • Memantau perancangan dan pelaksanaan berkaitan pengisian serta pengambilan kakitangan baharu, skim pampasan dan faedah, latihan dan pembangunan, urusan kemajuan kerjaya, perhubungan pekerja dan perhubungan perusahaan, kebajikan pekerja serta pentadbiran pejabat.
  • Menyediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
  • Membangunkan, mengkaji semula, menyelaras, melaksanakan serta menggubal dasar dan prosedur bagi memastikan organisasi mempunyai skim perkhidmatan yang mantap dan relevan mengikut keperluan semasa.
  • Merangka strategi organisasi dengan mengenal pasti serta menyelidik isu sumber manusia; menyumbang maklumat, analisis dan cadangan kepada hala tuju strategik organisasi; serta mewujudkan objektif sumber manusia yang selaras dengan objektif organisasi.
  • Mencadang dan melaksanakan strategi, prosedur serta dasar baharu dalam Pengurusan Sumber Manusia untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan, di samping menambah baik pengalaman pekerja.
  • Mengurus keupayaan tenaga kerja secara berterusan agar berada pada tahap optimum bagi menyokong pertumbuhan organisasi.
  • Bekerjasama dengan Ketua Jabatan dan pihak Pengurusan dalam menyelesaikan isu prestasi pekerja/disiplin serta menangani rungutan. Memberi nasihat sewajarnya kepada Pengurusan berdasarkan keperluan yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, garis panduan, peraturan berkuat kuasa serta amalan terbaik anak syarikat MAIWP.
  • Mengendalikan aduan, kaunseling dan tindakan disiplin serta mengurus hal ehwal tatatertib. Bertanggungjawab terhadap kes-kes kesalahan tatatertib dan perkara berkaitan Perhubungan Perusahaan serta Perhubungan Pekerja mengikut undang-undang buruh dan peraturan berkaitan.
  • Memantau dan melaksanakan tindakan mengikut prosedur serta memastikan pematuhan terhadap peraturan MQA dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dari semasa ke semasa.
  • Berupaya berkomunikasi dengan berkesan.
  • Memiliki sahsiah terpuji, bertanggungjawab, berintegriti serta beretika profesional.

Syarat Kelayakan Minimum:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia atau dalam Pengurusan/Perniagaan/Pentadbiran, atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, atau kelulusan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan, serta berkemahiran berkomunikasi dengan baik dalam kedua-dua bahasa.
  • Pengetahuan kukuh berkaitan Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, serta peraturan dan polisi sumber manusia.
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi serta berpengalaman mengurus kumpulan tenaga kerja yang besar.
  • Sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
  • Berpengalaman dalam mengendalikan Perhubungan Perusahaan dan Perhubungan Pekerja serta mempunyai kemahiran kaunseling dan perundingan yang baik.
  • Berkeupayaan memimpin, berfikiran kreatif dan kritis, berkemahiran tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif serta mampu bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan menjalin hubungan dengan agensi luar.
  • Berpengetahuan dan mahir menggunakan komputer, khususnya aplikasi Microsoft Office.

Sertai kami!

Sebagai sebahagian daripada pasukan kami, anda akan terokai peluang-peluang yang mencabar dan menginspirasikan. Kami menyediakan pelbagai laluan kerjaya di bidang akademik, pentadbiran dan sokongan, memastikan setiap peranan dilengkapi dengan keperluan serta sokongan yang sesuai untuk berkembang dan cemerlang.

Di KPMAIWP, kami membina individu yang bersemangat dan bersedia memberi impak. Komited terhadap inovasi, kecemerlangan dan memacu perubahan positif bersama. Sama ada anda ingin memajukan kerjaya anda, menimba ilmu daripada pakar bidang berkaitan atau menyertai komuniti yang menyokong dan memberi inspirasi, di sinilah tempatnya.

Bersedia untuk memohon? Teroka peluang pekerjaan semasa kami untuk mencari peluang yang sesuai untuk anda dan hantar resume anda ke peluangkerjaya_hr@kpmaiwp.edu.my

Bahagian Sumber Manusia
Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP)
Lot 1363, Jalan Perkasa, Maluri,
55100 Kuala Lumpur.