JAWATAN - AVIATION SECURITY ASSISTANT (PEMBANTU SEKURITI PENERBANGAN)
Jabatan - Security
Maklumat Temuduga Terbuka:
Tarikh Temuduga : 13 Februari 2026 (Jumaat)
Masa : 9:00 pagi - 2:30 petang.
Alamat : Pusat Komuniti Desa (PKD) Jijan, Kampung Jijan, 71760 Nilai, Negeri Sembilan.
Tanggungjawab:
Bertanggungjawab terhadap aspek-aspek sekuriti yang telah ditetapkan serta memastikan keberkesanan operasi sekuriti di semua premis Pos Aviation dan keselamatan lapangan terbang secara keseluruhannya.
Syarat-syarat kelayakan:
Calon sekurang-kurangnya tamat persekolahan sekolah menengah, minimum SPM/ SPMV/ SKM/ STPM atau setaraf.
Memiliki lesen memandu sah kelas 'B2' & 'D'.
Pemegang lesen "P" juga layak untuk memohon.
- Umur : 19 - 40 Tahun.
- Bekas anggota pesara Polis atau Tentera adalah digalakkan untuk memohon.
- Warganegara : MALAYSIA.
- Boleh bekerja SYIF dan lebih masa serta sihat tubuh badan.
- Tidak mempunyai REKOD JENAYAH.
- Telah divaksin sepenuhnya.
- Jawatan : TETAP.
- Lokasi Tempat Kerja: Subang International Airport dan KLIA, Sepang.
Wajib membawa perkara-perkara berikut semasa menghadiri temuduga:
- Online Application form yang telah diisi dan cetak / print dengan layari laman web diberikan dibawah.
- Resume terkini/ CV.
- Dokumen asal & salinan Kad Pengenalan, lesen memandu dan sijil - sijil akademik (Contoh: Sijil SPM & Sijil Berkaitan).
*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk urusan selanjutnya.
