Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Guru Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) - 7 Ogos 2016

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2016 di Guru Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.


Jawatan:

1. GURU VOKASIONAL SECARA INTERIM

500 kekosongan dibuka sekarang.


Calon-calon hendaklah:

2.1 Warganegara Malaysia

2.2 Sihat tubuh badan

2.3 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016

2.4 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

2.4.1 lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Universiti Awam (UA) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ke atas; atau

2.4.2 lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki SKM Tahap 3 ke atas; atau

2.4.3 lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional IPTS yang ada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi tidak memiliki SKM; atau

2.4.4 lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional UA/IPTS yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan dan tidak memiliki SKM.


Cara Membuat Permohonan:

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat: http://www.jobsmalaysia.gov.my/ mulai 24 Julai 2016 melalui link di bawah

Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2016 (Ahad)




Step untuk memohon melalui Jobsmalaysia:

1. Sila laman web Jobsmalaysia (KLIK SINI)

2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan kata kunci : Kementerian Pendidikan Malaysia (dan klik search).

 Jawatan Kosong Sebagai Guru Kementeri Pendidikan Malaysia (MOE)

3. Sila pilih majikan :

Majikan: BPTV KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BPTV KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA, W.P. PUTRAJAYA. SEKTOR: PERKHIDMATAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN

4. Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohonlah secara online

5. Semoga berjaya semua



Post a Comment