Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulai - 3 Ogos 2016

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Kulai | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

4. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29

5. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29

6. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

8. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

9. PEMBANTU KEMAHIRAN H19

10. PEMBANTU AKAUNTAN W19

11. PEMBANTU PENILAIAN W19

12. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

13. PEMBANTU OPERASI N11

14. PEMBANTU AWAM H11

15. PEMANDU KENDERAAN H11


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Ogos 2016





Latar Belakang

Pada tahun 1920, Daerah Kulai asalnya di kenali sebagai Gui Lai yang bermaksud ‘kedatangan kura-kura’. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa tibanya musim hujan di mana kedua-dua belah tebing sungai Kulai pastinya akan di landa banjir. Akibatnya berpuluh-puluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak menghala ke arah pekan. Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya Gui Lai. Bukti nama Gui Lai boleh di lihat pada catatan sebuah batu yang di tulis dalam bahasa Cina di Stesen Keretapi Kulai. Di sebabkan kesukaran untuk menulis perkataan Gui Lai dalam bahasa Cina , maka namanya telah di tukar kepada Kulai, dan ia terus kekal sehingga kini.

Kulai juga di katakan mendapat nama bersempena sebuah peristiwa banjir yang melanda pada sekitar tahun 1890-an. Sungai Kulai ketika itu amat penting oleh kerana ia merupakan nadi aktiviti harian penduduk sekitar yang bergantung kepada aktiviti tanaman.

Selain daripada itu, terdapat juga versi sejarah lain yang menyatakan Kulai mendapat namanya daripada kisah seorang Tengku yang datang ke Kulai untuk mengutip cukai dan berburu. Setiap kali kunjungan, beliau akan di panggil oleh penduduk tempatan sebagai ‘Tengku Lai’ yang membawa maksud ‘Tengku datang’.

Menurut beberapa sumber sejarah yang lain, terdapat dua orang yang terlibat dalam pembukaan Kulai iaitu Yoke Fong dan Tahir Tendeh. Tahir Tendeh adalah bekas askar Sultan Johor yang telah melarikan diri daripada berkhidmat kepada Sultan. Walau bagaimanapun, Baginda Sultan Johor akhirnya tetap mengurniakan sebidang tanah seluas enam ekar kepada Tahir untuk bercucuk tanam. Geran tanah yang berkuatkuasa selama 9,999 tahun tersebut itu masih tersimpan di Baitulmal Johor.
Pada masa yang sama, Tan Yoke Fong (pentadbir kawasan itu, turut di kenali sebagai Gan Zhu ) telah membuka Xin Jie Chang (Pekan Baru). Beliau adalah antara yang paling awal datang ke Kulai.

Sungai Kulai sebelumnya adalah sungai jernih yang kaya dengan kepelbagaian hidupan. Namun, akibat perubahan musim terutamanya ketika musim tengkujuh telah menyebabkan setiap tahun Xie Jie Chang sentiasa di landa banjir yang teruk sehingga menyulitkan aktiviti harian penduduk tempatan.

Peristiwa banjir besar bukan berlaku sekali sahaja, malah ia turut berlaku sebelum zaman penaklukan tentera Jepun (1941) dan di ikuti tahun 1950, 1961, 1967, dan 1980 dengan ketinggian air mencecah dua hingga lapan kaki.

Sejarah banjir berulang kembali pada 26 Disember 2001, dengan berlakunya banjir besar yang melanda Bandar Kulai dengan beberapa bandar lain di negeri Johor. Peristiwa hitam banjir lumpur yang dahsyat telah berlaku di Kg. Gunung Pulai sehingga mampu menghanyutkan pokok dan batu batan serta mengorbankan lima nyawa penduduk tempatan.

Tinggalan sejarah Kulai turut musnah sepanjang tempoh tentera Jepun menyerang tanah Melayu, iaitu bermula pada 8 Disember 1941. Banyak bangunan di kawasan Pekan Kulai musnah dalam operasi pengeboman yang di lancarkan oleh pihak Jepun. Banglo kediaman Yoke Fong turut di tawan oleh pihak Jepun dan di jadikan pusat pentadbiran mereka di Kulai. Disinilah penduduk tempatan atau penentang Jepun akan di dera dan di bunuh.

Zaman Pendudukan Jepun

Sewaktu zaman penjajahan Jepun, sebahagian besar penduduk tempatan mengambil keputusan untuk masuk dan bersembunyi ke kawasan hutan. Dari situ mereka mengatur strategi menentang pemerintahan Jepun. Ketika itu mereka hidup dengan menjadikan ubi kayu, keledek serta akar kayu sebagai makanan utama. Manakala golongan yang menetap di luar hutan, masih mampu mendapat bekalan makanan biar pun terpaksa mendapat bekalan air dari tenaga dan sungai.

Ketika tentera Jepun tiba di Kulai dari arah Utara, kebanyakan daripada mereka berpangkalan di pasar Kulai yang baru di bina. Balai Polis Kulai, banglo kediaman Tan Yoke Fong, pawagam dan lapangan terbang di Kulai Besar juga telah di jadikan sebagai pangkalan untuk tentera Jepun. Mereka telah melaksanakan ‘Kempen Derma Emas’ dengan menuntut penduduk Cina mendermakan syiling emas dan mata wang British kepada tentera Jepun.

Pemberontakan daripada golongan yang anti-Jepun telah menyebabkan tentera Jepun mengarahkan penduduk setempat yang berbangsa Melayu dan Cina mewujudkan pasukan kawalan yang membuat rondaan pada waktu malam.

Pekan Kulai tetap berkembang biar pun pelbagai peristiwa hitam melandanya. Beberapa kawasan penempatan kampong baru telah mula wujud sejak zaman komunis. Kemunculan komunis masyarakat Melayu mula muncul setelah berakhir era komunis. Ini di ikuti dengan pembukaan Felda Taib Andak beberapa tahun kemudiannya. Bangunan Persatuan Hakka yang di bina pada tahun 1920 adalah merupakan bangunan pertama yang di bina di Pekan Kulai.

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulai

Post a Comment