Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) - 26 April 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong 2024 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)


Jawatan:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41


Syarat Pelantikan:

Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 secara lantikan Kontrak (Interim):

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;

c) Memiliki kelayakan seperti berikut:

i. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

e) Bagi opsyen Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR). Calon-calon bagi opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mencapai sekurangkurangnya C1 dalam piawaian CEFR akan dilantik secara Contract of Service (COS). Senarai ujian yang dijajarkan dengan CEFR adalah seperti di Lampiran 1;

f) Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurangkurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;

g) Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurangkurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM;

h) Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut; dan

i) Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai/ Kadazandusun/Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak untuk dipertimbangkan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 26 April 2024 (Jumaat) 






Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Sejarah

SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Post a Comment