Jawatan Kosong di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor - 29 December 2016

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor

Jawatan Kosong


Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.

Bandar Iskandar Puteri telah bertukar nama kepada Johor Bahru pada tahun 1866 bersamaan dengan 12 Syaaban tahun Hijrah 1282 berikutan dengan pengisytiharan oleh Temenggong Abu Bakar Maharaja Johor. Pada masa yang sama tiga Jabatan secara khusus telah diwujudkan iaitu Pejabat Temenggong Johor, Pejabat Bakal Raja dan Pejabat Urusetia Negeri yang juga dikenali sebagai Pejabat Menteri Besar.


Jawatan:


1. AKAUNTAN GRED WA41


2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29


3. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19



Tarikh Tutup Permohonan : 29 December 2016