Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) - 31 January 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Jawatan Kosong


Penubuhan

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan Persekutuan pada 30 Jun 1970 di bawah satu dekri darurat dengan nama mulanya iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Perasmiannya telah dilakukan oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak Husin selaku Pemangku Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengarah Gerakan di dalam satu upacara di Bangunan Balai Besar, Alor Setar Kedah.

Turut hadir menyaksikan perasmian ini di antara lainnya adalah Y.A.B Dato’ Syed Ahmad Syahabuddin Al-Haj (Menteri Besar Kedah), Y.A.B Datuk Syeikh Ahmad B. Hashim (Menteri Besar Perlis), Y.B. Encik Ghazali B. Hj Rawi (Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama) serta Y.B. Tan Sri Abdul Kadir B. Yusoff (Peguam Negara). Penubuhan MADA telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, tahun 1972.



Jawatan:


1. PEGAWAI PERTANIAN GRED G41


2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29


3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19



Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang MADA Am 3/Pindaan 2015 yang boleh dicetak daripada Laman Web MADA http://www.mada.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

2. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar, 0
5990 ALOR SETAR.
[ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia ]

3. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan Laporan Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan.



* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah




Tarikh Tutup Permohonan : 31 January 2017

Post a Comment