Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) - 31 January 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

Jawatan Kosong


Latar Belakang

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.


Jawatan:


1. EKSEKUTIF (KESETIAUSAHAAN)


Syarat – Syarat Kelayakan:

Terdiri daripada warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Memiliki Diploma Sains Kesetiausahaan atau bidang berkaitan yangdiiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat;

Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.

Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.


Cara-cara Memohon:

i. Borang permohonan boleh didapati di laman web www.felcra.com.my ataupun boleh didapati di Ibu Pejabat FELCRA Berhad, Wisma FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, Peti Surat 11254, 50772 Kuala Lumpur. (Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Aras 4)

ii. Permohonan mestilah dihantar secara lengkap dan disertakan ‘resume’, satu salinan kad pengenalan, salinan sijil dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan, berserta sekeping gambar berukuran pasport yang terkini dan dialamatkan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad,
Ibu Pejabat FELCRA Berhad,
Wisma FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang,
Setapak Jaya, Peti Surat 11254,
50772 Kuala Lumpur.
UP: (Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Aras 4) 

(Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di ruangan atas sebelah kiri sampul) 


Catatan: Hanya calon-calon yang layak akan dipanggil untuk ditemu duga. Mereka yang tidak menerima jawapan dalam masa 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.



Tarikh Tutup Permohonan : 31 January 2017




Post a Comment