Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) - 15 January 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK)

Jawatan Kosong


Latar Belakang


Majlis Daerah Kuala Krai telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 berikutan penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di seluruh Negara dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Penyusunan semula tersebut dibuat bertujuan bagi mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih cekap, berkemampuan serta memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menentukan hala tuju pembangunan, perancangan dan pelaksanaan pembangunan bandar umumnya.

Majlis Daerah Kuala Krai mempunyai keluasan kawasan seluas 129.49 persegi. Ianya meliputi sebahagian besar Daerah Batu Mengkebang yang mana melibatkan kampung-kampung berikut iaitu Kg. Keroh, Kg. Bukit Sireh, Kg. Batu Jong, Kg. Batu Lada, Kg. Kenor, Kg. Batu Balai, Kg. Gatal, Kg. Tualang, Kg. Bekok, Kg. Pahi, Kg. Telekong, Kg. Kuala Nal dan sebahagian dari Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR iaitu RKT Mengkebang, RKT Temalir dan RKT Sungai Pas. Walau bagaimanapun, kawasan operasi Majlis Daerah Kuala Krai ialah hanya 50km persegi yang meliputi bandar Kuala Krai, Guchil, Kg Bukit Sireh, Pahi dan Tualang.

Bilangan penduduk kawasan Majlis Daerah Kuala Krai pada tahun 1980 ialah seramai 47,009 orang dan pada tahun 1986 ialah seramai 53,041 orang berasaskan kadar pertumbuhan 2 % setahun dalam tempoh 6 tahun. Tetapi selepas tahun 1986 kadar pertumbuhan meningkat kepada 3 % menjadikan jumlah penduduk pada tahun 1991 meningkat kepada 63,331 orang. Pada tahun 2005 jumlah penduduk kawasan Majlis adalah seramai 103,294 orang dengan kadar pertumbuhan sebanyak 4 %



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29




Tarikh Tutup Permohonan : 15 January 2017





Post a Comment