Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) - 31 January 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) - 31 January 2017

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK)


Latar Belakang

Sejarah Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bermula apabila memorandum kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim ke majlis Perbandaran Kulim (MPKK) yang bertarikh 10 hb. Julai 1996 telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman berikutan persetujuaan Mesyuarat Majlis Penuh antara Ketua-Ketua Jabatan (Pegawai Pentadbir Negeri) pada 29 hb. Mac 1995. pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman 1997 yang mana jawatankuaa telah di mengkaji kenaikan taraf Pihak Berkuasa Tempatan yang bertarikh 22 April 1997 supaya pihak Majlis Daerah Kulim dikehendaki mengemukakan beberapa fakta tambahan seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya ia dapat dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Pada 28 hb. Febuari 1998 Majlis Mesyuarat Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan satu mesyuarat yang berkaitan dengan pertimbangan untuk menaikkan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim. Hal ini berikutan permohonan pihak majlis yang lalu melalui Memorandom Majllis Daerah Kulim (PSU(K) 174/1417) menurut Seksyen 3(d) dan 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1997 (Akta 171) mulai 1hb. Januari 1997 dan telah membenarkan pihak majlis menyusun dan memperkemaskan struktur organisasi dan juga jumlah kakitangan yang mencukupi seperti penjawatan yang telah dcadangkan di lampiran T kertas 7(F) 63/98 sejajar dengan pengiktirafan Majlis Perbandaran.



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


3. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)



Cara Memohon:

1) Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman Portal MPKK atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

2) Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-

a) 2 keping gambar berukuran passport

b) Salinan Sijil Kelahiran

c) Salinan Kad Pengenalan

d) Salinan Sijil Peperiksaan

e) Lain-lain Sijil yang berkaitan.

3) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.

4) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

5) Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturanperaturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULIM
NO. 1, LEBUH BANDAR 2
BANDAR PUTRA
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
(u.p: Bahagian Sumber Manusia)



Tarikh Tutup Permohonan : 31 January 2017

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) - 31 January 2017"

Post a Comment