Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - 14 February 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


Sejarah 

Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.


Jawatan:


1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 4 Kekosongan


2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 2 Kekosongan


3. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19 - 1 Kekosongan




Syarat-syarat Permohonan:

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www.mqa.gov.my.

2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

6. MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

7. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03- 7958 5114 atau 03- 7954 1852/ 03- 7968 2232/2241/5512. Pertanyaan berkaitan dengan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03- 7968 2236.



Tarikh Tutup Permohonan : 14 Februari 2017 (Selasa) jam 5.00 petang.




Post a Comment