Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) - 15 February 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)



Sejarah

Bangunan Stadthuys yang bermaksud Dewan Bandaran dibina oleh pemerintah Belanda pada tahun 1650an setelah mengambil alih Melaka daripada Portugis pada tahun 1641. Bangunan setinggi empat tingkat mengikut teres Bukit St. Paul seluas 49,200 kaki persegi, menjadi kediaman Gabenor Belanda sehingga awal kurun ke 18 di samping menjadi pusat pentadbiran Belanda sehingga 1824. Pemerintah Inggeris menjadikan

Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Bangunan Bastion House, Jalan Kota, Melaka.Bangunan ini dibina pada zaman pemerintahan Inggeris bagi menempatkan pegawai dan pentadbirannya di Melaka.Muzium ini menjadi rujukan berkaitan masyarakat Melayu dari segi sosio budaya dan ekonomi seluruh Nusantara. Koleksi yang dipamerkan merangkumi bahan sastera, manuskrip, cap mohor, senjata, alat muzik dan sebagainya.


Jawatan:


1. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W19 - 1 Kekosongan


2. PEMBANTU OPERASI GRED N11 - 3 Kekosongan


3. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 1 Kekosongan


Cara membuat permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan PERZIM.

Borang Perjawatan dan syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun dari laman web PERZIM : www.perzim.gov.my atau melalui link admin sediakan di bawah. Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu Borang Perjawatan sahaja.

Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.

Semua permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah menyertakan salinan sijil atau dokumen berkaitan YANG DISAHKAN mengikut kelayakan yang disyaratkan seperti berikut.:

i) Sekeping gambar berukuran pasport;

ii) Salinan Kad Pengenalan baru;

iii) Salinan Sijil Kelahiran; dan

iv) Salinan sijil/kelulusan persekolahan


Permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses dan AKAN DITOLAK :

i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;

ii) borang tidak diisi dengan lengkap;

iii) tidak ditulis nombor Kad Pengenalan;

iv) tidak ditandatangani;

v) tiada gambar berukuran pasport


Borang boleh dimuat turun di laman web PERZIM mulai 01 Ferbruari 2017 dan tarikh akhir borang boleh dicetak pada 15 Februari 2017.


Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat apabila mengemukakan permohonan.


Sila kemukakan permohonan kepada:

PENGURUS BESAR
PERBADANAN MUZIUM MELAKA
KOMPLEKS WARISAN MELAKA
JALAN KOTA,
75000 MELAKA



Tarikh Tutup Permohonan : 15 February 2017

Post a Comment