Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 14 April 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 14 April 2017

Jawatan Kosong 2017 di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Jawatan Kosong 2017 di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) www.banyakjawatan.my


Sejarah KTMB

Pada tahun 1961 merupakan tarikh berakhirnya orang eropah menjadi Pengurus Besar KTM. Dato’ Ahmad Perang merupakan anak watan yang pertama menjadi Pengurus Besar, dan Haji Waad Jamaluddin merupakan kakitangan KTM yang pertama berjaya memegang jawatan Pengurus Besar KTM. Selebihnya jawatan tersebut dipegang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipinjamkan ke KTM.

KTM sejak sebelum Perang Dunia lagi mempunyai rancangan pembinaan landasan merentasi Kuala Lumpur ke Pahang, dari Johor Bahru ke Kuantan dan menyusur negeri Terengganu dan kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Malah beberapa landasan yang telah dirancangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan. Diantaranya ialah landasan sejauh 70 batu dari kulai ke Endau; keduanya dari Kluang ke Muar dan terus ke Melaka sejauh 95 batu, ketiga; landasan sejauh 40 batu dari Gemas ke Melaka. Di Pahang pula dirancangkan landasan cawangan dari Jerantut ke Kuantan sejauh 25 batu, manakala di Selangor pula dari kelang ke Morib. Di negeri Perak cadangan pembinaan landasan cawangan yang terbengkalai iaitu dari Ipoh ke Gopeng dan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau. Namun kesemua rancangan tersebut tidak terlaksana.

KTM juga turut memberi sumbangan dari segi senibena, Ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu, stesen Kuala Lumpur merupakan diantara bangunan indah buatannya dinegara ini. Senibena `Moorsih’ menjadi cirri utama dalam rekabentuknya. Projek pembesaran stesen Kuala Lumpur turut menyerapkan rupa bentuk asalnya dalam pembenaan meluskan dan mencantikkan bangunan stesen KTM.


Jawatan:


1. PEMBANTU TRAFIK (LELAKI SAHAJA)  


Kelayakan:

Calon luaran hendaklah berumur tidak melebihi 25 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;

Bagi calon dalaman mestilah telah disahkan di dalam jawatan dan diperakui oleh Ketua Jabatan;

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;

Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua dua belah mata dan tidak buta warna;

Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;

Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;

Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB


Huraian Tugas:

Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;

Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;

Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;

Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;

Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;

Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang tidak lengkap serta gagal memenuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Untuk calon-calon luaran hanya calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk di temuduga.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 14 April 2017 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Jabatan Modal Insan
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631367 / 03-22631312


Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2017

0 Response to "Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 14 April 2017"

Post a Comment