Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - 14 April 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Jawatan Kosong 2017 di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Kawasan Kelantan Selatan merupakan kawasan yang berbukit-bukau dimana hampir 50% daripadanya mempunyai kecerunan lebih daripada 25° dan hanya 10% sahaja yang mempunyai kecerunan kurang daripada 15°. Walaupun mempunyai kawasan yang luas namun hanya 20% sahaja yang berpotensi untuk pembangunan sektor pertanian.

Kepentingan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan telah mendorong persekutuan menubuhkan KESEDAR supaya pembangunan dapat diseimbangkan antara wilayah di negara ini. KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah yang keempat ditubuhkan selepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA-1971), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA-1972) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH-1973).


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (GRED N41)

2. PEGAWAI PERTANIAN (GRED G41)

3. AKAUNTAN (GRED W41)

4. PENOLONG PEGAWAI RANCANGAN TANAH (GRED G29)

5. PENOLONG AKAUNTAN (GRED W29)

6. PENOLONG JURUTERA (GRED JA29)

7. PENOLONG PEGAWAI TANAH (GRED NT29)

8. PENOLONG JURUKUR (GRED JA29)

9. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (GRED JA29)

10. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (S29)

11. PENYELIA RANCANGAN TANAH (GRED G19)

12. JURUAUDIO VISUAL (GRED N19)

13. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

14. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N19)

15. PEMBANTU AWAM (GRED H11)

16. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)

17. PEMBANTU OPERASI (GRED N11)


Perhatian kepada pemohon:

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem online perjawatan yang boleh didapati laman web KESEDAR di www.kesedar.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

Pemohon juga dikehendaki menghantar borang permohonan jawatan yang telah lengkap kepada:

PENGURUS
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
IBU PEJABAT KESEDAR
18300 GUA MUSANG
KELANTAN

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri sebelah atas serta nama pengirim di belakang sampul surat.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu Mukim sebaimana berikut:

Kad Pengenalan
Sijil Kelahiran
Sijil-sijil persekolahan
Kelulusan Akademik(Sijil/Diploma/Ijazah) yang mana berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Transkrip keputusan akhir peperiksaan (Diploma/Ijazah) jika keputusan sebenar belum diterima; dan
Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)
Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini

Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2017


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment