Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pekan (MDP) - 5 May 2017

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Pekan (MDP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pekan (MDP)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Pekan (MDP) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Majlis Daerah Pekan ditubuhkan pada 1hb. Julai 1988 bersamaan 17 Dzulkaedah 1408 Hijrah. Encik Hashim bin Abdul Wahab, AMP., PJK., sebagai Yang Dipertua pertama, dibantu oleh 13 orang Ahli Majlis dan 74 orang kakitangan. Dilancarkan secara rasmi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, pada 3hb November 1990. Keluasan kawasan MDP adalah kawasan pentadbiran MDP telah diperluaskan melalui warta no. PW 3542 dengan kawasan keseluruhannya ialah 2,351.8km persegi.

Pada dasarnya bidang tugas Majlis Daerah Pekan meliputi perancangan fizikal, ekonomi serta sosial ke arah kemantapan pembangunan Bandar Pekan dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisyen juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandar Pekan.

Pentadbiran Majlis Daerah Pekan sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu, MDP akan sentiasa berusaha untuk memberikan dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pengunjung.


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 - 1 Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29 - 1 Kekosongan

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 - 1 Kekosongan

4. PEMBANTU AKAUNTAN W19 - 1 Kekosongan

5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19 - 1 Kekosongan

6. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 - 1 Kekosongan

7. PEMBANTU AWAM H11 - 3 Kekosongan

8. PEMANDU KENDERAAN H11 - 1 Kekosongan


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 05 May 2017


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Baca Cara Memohon