Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) - 31 May 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Secara ringkasnya, sejarah perkembangan awal Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah ini bermula dengan penubuhan 8 buah Majlis Tempatan sekitar tahun 60an dibawah Town Board Enactment 118. Hasil daripada penduduk dan pertambahan pegangan maka pada 1 Mac 1978, Majlis Daerah Johor Bahru Tengah telah ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang merangkumi kawasan seluas 104.7 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 150,000 orang.

Kesan daripada pertumbuhan yang berterusan maka pada tahun 1995, Majlis Daerah Johor Bahru Tengah telah diperluaskan kawasan petadbirannya sehingga 303.48 kilometer persegi dengan jumlah pegangan meningkat kepada 98,515 unit dan jumlah penduduk bertambah sehingga mencapai 500,000 orang


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29


Syarat lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i) (a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)(i) Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92) atau

(ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92) atau

(iii) diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,851.28)

2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara memohon:

i) Permohonan hendaklah secara on-line di laman web Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah iaitu http://jawatan.mpjbt.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah:

ii) Sebarang masalah berkaitan penjawatan sila hubungi Encik Azrullail bin Masijan di talian 07-5555205 Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

iii) Sebarang kemusykilan sila hubungi En. Ahmad Saufi Bin Abd Rahim ditalian 07-5555183 (pej) Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 May 2017

Post a Comment