Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat PERMATA Kurnia, Jabatan Perdana Menteri - 21 May 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Pusat PERMATA Kurnia, Jabatan Perdana Menteri | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Pusat PERMATA Kurnia, Jabatan Perdana Menteri

Jawatan Kosong 2017 Terkini di Pusat PERMATA Kurnia, Jabatan Perdana Menteri www.banyakjawatan.my


Mengenai Permata

PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah ‘pembelajaran yang menyeronokkan’ dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit.

Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema ‘Setiap Anak PERMATA Negara’ juga telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh kepada kanak-kanak.


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  IJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)

1. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED 41 - 3 Kekosongan

Bidang Keutamaan:
- Psikologi Kaunseling
- Psikologi ( Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga)
- Pendidikan Khas
- Kerja Sosial


KELULUSAN MINIMUM: SPM/SVM/SKM

1. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19 - 6 Kekosongan


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perdana Menteri seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 21 May 2017 (Ahad) jam 11:59 malam


Post a Comment