Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 11 June 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 11 June 2017

Jawatan Kosong 2017 di Universiti Malaya (UM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaya

Jawatan Kosong 2017 di Universiti Malaya (UM)


Sejarah

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.[6] Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.


Jawatan:

1. PEMBANTU PENILAIAN W19


Syarat Lantikan:

Sijil Pelajaran Malaysia

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. Gaji Permulaan : RM1,353.00

ATAU

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. Gaji Permulaan : RM1,409.40

ATAU

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan : RM1,465.80

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 11 June 2017 (Ahad)

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 11 June 2017"

Post a Comment