Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Landskap Negeri Johor - 29 Oktober 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Landskap Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Landskap Negeri Johor

Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Landskap Negeri Johor


Objektif

Menggubal dasar serta merangka strategi dan program pembangunan Landskap Negeri Johor
Mengawal dan memacu pembangunan Landskap Negeri
Melaksanakan projek-projek pembangunan landskap Negeri
Menyelaras dan memantau projek Landskap Persekutuan di Johor
Mendidik masyarakat terhadap fungsi dan kepentingan landskap
Like Page Khas - Kerja Kosong di Johor
Jawatan:

1. ARKITEK LANDSKAP J41 (KONTRAK)


Syarat kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) ijazah Sarjana Muda Seni bina Landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00).

2. Gaji bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurang nya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua jabatan/ketua perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka bentuk pelan pembangunan, taman awam, landskap serta memberi `ìnput’ kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan oleh jabatan.


Cara memohon:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang JLNJ 2017 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini secara PERCUMA dengan datang ke Jabatan Landskap Negeri Johor, Aras 1 Bangunan Dato’Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor atau dimuat turun daripada laman web http://www.johor.gov.my atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.

(ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukur passport dan salinan sijil yang telah diakui sah sebagaimana berikut :

• Sijil Kelahiran
• Kad Pengenalan
• Sijil Persekolahan/Berhenti Sekolah
• Ijazah
• Lain-Lain Sijil

(iii) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat :

PEGARAH
JABATAN LANDSKAP NEGERI JOHOR
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR
79503 ISKANDAR PUTERI
JOHOR BAHRU


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Oktober 2017

Post a Comment