Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) - 16 November 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

Latar Belakang

Lembaga Tembakau Negara (LTN) ditubuhkan pada 8 Oktober 1973 sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan mengikut Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111]. Akta 111 bertujuan menubuhkan Lembaga Tembakau Negara untuk memperbaiki dan menjalankan dengan sepatutnya industri pengeluaran tembakau, dan bagi membuat peruntukan berkenaan dengan Lembaga dan industri itu.

Berikutan kesan persaingan perdagangan terhadap industri tembakau ekoran pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada 2010 dan polisi Kerajaan yang menggalakkan pengurangan penggunaan tembakau serta pematuhan Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kerajaan telah mengenal pasti satu sumber pertumbuhan baru untuk dibangunkan yang berpotensi menjana pendapatan kepada penanam iaitu tanaman kenaf.

Like Page Khas - Kerja Kosong di Kelantan
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

2. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19


Cara membuat permohonan:

1. Permohonan jawatan boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh didapati dari Ibu Pejabat, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Peti Surat 198, Kubang Kerian, 15720 Kota Bharu, Kelantan atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

2. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

Pengarah Khidmat Pengurusan
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
Peti Surat 198, Kubang Kerian
15720, Kota Bharu
Kelantan.


Catatan Am :

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

(c)  Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

(d) Pemohon daripada Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang di kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 16 November 2017 (Khamis)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment