Jawatan Kosong di Kolej FELCRA - 17 January 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Kolej FELCRA - 17 January 2018

Jawatan Kosong 2018 di Kolej FELCRA | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej FELCRA

Jawatan Kosong 2017 di Kolej FELCRA www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Visi - bersahsiah murni, berdaya saing dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

Misi - Menawarkan pendidikan berkualiti bertaraf global.
Mewujudkan perkongsian pintar antara kolej, institusi pendidikan dan industri dalam dan luar negara.
Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan pertanian dan perladangan.

Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PEMBANTU EKSEKUTIF (TEKNIKAL/PENYELENGGARAAN)


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Elektrikal/Pertukangan dan setara) atau Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun di dalam bidang berkaitan.

6. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana diarahkan.

7. Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Education Services Sdn Bhd.

i) Borang permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN KOSONG yang boleh dimuat turun di laman sesawang www.kolejfelcra.edu.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah. Permohonan yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.

ii) Hanya satu jawatan boleh dipohon bagi setiap satu borang.

iii) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan secara emel kepada : Timbalan Pendaftar : sitihaliza@kolejfelcra.edu.my


Catatan Tambahan:

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

b) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kolej FELCRA.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Januari 2018


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Muatturun Borang Permohonan

0 Response to "Jawatan Kosong di Kolej FELCRA - 17 January 2018"

Post a Comment