Jawatan Kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) - 19 February 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) - 19 February 2018

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)


Sejarah 

Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.

Pada tahun 1955, satu perundangan baru, "The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance" telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkaitan. Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.


Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM GRED H11 


Cara memohon:

a) Pemohon dikehendaki mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Pentadbiran atau Kaunter Penerangan pada waktu pejabat mulai jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang.

b) Setiap permohonan mesti disertakan dengan resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja, salinan sijil-sijil yang telah disahkan (sijil akademik, kad pengenalan dan sijil kelahiran) berserta sekeping gambar terbaru berukuran passport.

Sila hantar borang permohonan ke alamat:

Penguasa,
Paya Indah Wetlands
Jabatan PERHILITAN
KM. 4, Jalan Dengkil – Banting
43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan


*Sila baca syarat kelayakan sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Februari 2018 (Isnin) jam 5.00 petang


0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) - 19 February 2018"

Post a Comment