Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) - 28 February 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) - 28 February 2018

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)

Pengenalan

PKNNS merupakan salah sebuah Badan Berkanun Negeri Sembilan.  Secara umumnya PKNNS menjadi organisasi yang membantu Kerajaan Negeri di dalam membangunkan ekonomi di Negeri Sembilan.  Sejak daripada penubuhannya pada tahun 1969, PKNNS berpengalaman dalam membangunkan kawasan perindustrian, perumahan dan premis perniagaan.  Banyak kawasan telah melalui transformasi melalui pelaksanaan pembangunan tersebut.  Namun melalui peredaran  masa dan persaingan  ekonomi yang semakin terbuka, tuntutan  terhadap pengisian bagi mengiring pembangunan fizikal tersebut semakin ketara khususnya dalam menuju Negara maju. Justeru antara petunjuk utama ke arah mencapai pengisian tersebut adalah dengan membangunkan sektor keusahawanan.



Like Page Khas - Kerja Kosong di Negeri Sembilan
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 - 2 Kekosongan

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 - 1 Kekosongan

3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 - 2 Kekosongan


Cara memohon:

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan latar diri (resume) yang mengandungi perkara-perkara berikut :

(i) Latarbelakang Pendidikan
(ii) Pengalaman Bekerja
(iii) Kemahiran
(iv)Penglibatan Luar
(v) Rujukan
(vi)Nombor Telefon terkini untuk dihubungi.

Setiap permohonan hendaklah menyertakan salinan fotostat Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil kelayakan akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar.

Permohonan yang lengkap hendaklah dilampirkan Surat Iringan (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kepada :

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
P.O.BOX 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN. NEGERI SEMBILAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2018


Klik Iklan Lengkap & Cara Memohon

0 Response to "Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) - 28 February 2018"

Post a Comment